Ramadan al-Mubarak. Sahabat lama yang dirindui. Beberapa hari lagi kita akan bertemu kembali dengan sahabat yang amat kita rindui iaitu Ramadan al-Mubarak. Kedatangannya amat dinanti oleh orang-orang yang beriman. Setelah hampir setahun berpisah, kini kita akan bertemu kembali dengan penuh rasa gembira dan bersyukur kepada Allah SWT. Ya, jika diizinkan Allah kita pasti akan bertemu dengannya. Insya-Allah.
Demi masa (1) Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran (3). Surah al-'Asr: 1-3
Sabtu, 23 Julai 2011
Khamis, 10 Februari 2011
NABI MUHAMMAD S.A.W
Seorang ahli astronomi yang bernama Michael H. Hart telah menyusun sebuah buku yang bertajuk "Seratus Tokoh yang Paling Berpengaruh dalam Sejarah". Dalam bukunya tersebut, beliau menempatkan Nabi Muhammad s.a.w pada kedudukan yang pertama. Ini menggambarkan kepada kita betapa Nabi Muhammad s.a.w adalah seorang tokoh agung yang pernah hidup di atas muka bumi ini. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w, keluarganya dan sahabatnya.
Selasa, 1 Februari 2011
Langgan:
Catatan (Atom)