Punca utama tabiat buruk ini payah diubah adalah kerana ianya sudah terbina di dalam minda separuh sedar kita, dan pada pandangan saya sel-sel di dalam tubuh badan kita sendiri yang telah ketagihkan kimia emosi daripada setiap perbuatan kita tersebut. Maka mana nak terlawan permintaan bertrillion-trillion makhluk di dalam tubuh badan kita itu.
Langkah pertama adalah dengan mempunyai kesedaran dalam hati bahawa apa yang kita lakukan itu suatu yang tidak baik. Cuba kaitkan tindakan kita sekarang dengan kesan pada masa depan, dan frontal lobe (otak) yang lemah amat payah untuk memikirkan hal ini. Maka haruslah juga kita berusaha agar kita punyai frontal lobe yang berfungsi dengan sempurna, caranya adalah dengan solat yang khusyuk yang mana ianya melatih frontal lobe untuk kembali berfungsi. Henti atau kurangkan aktiviti yang menyebabkan frontal lobe kita makin lemah seperti menonton TV rancangan "sampah", merokok ataupun mengambil dadah, apatah lagi arak.
Hampir keseluruhan hidup kita ini dijalankan oleh minda separuh sedar, jadi eloklah kita boleh latih minda separuh sedar kita ini untuk membentuk peribadi yang lebih baik. Perlu diingat juga bahawa barat me"rasuk" minda separuh sedar kita semua melalui apa yang dipaparkan oleh TV dan filem. Jika iman kita nipis, maka budaya mereka itu jugalah yang akan kita ikuti kerana TV dan filem itu adalah "alat pemukau" paling berkesan dan ia membentuk minda separuh sedar manusia dengan berkesannya dari apa yang mereka paparkan.
Apabila pelakon barat menyalakan rokok semasa beraksi dalam filem, apabila pelakon mengurat dan sebagainya dan jika filem tersebut memberi emosi yang mendalam, besar kemungkinan kita juga akan menjadi model daripada 'acuan" yang mereka berikan itu. Cuba berhenti tengok TV atau selama seminggu, lebih lama lebih baik dan pada masa itu mainkan filem atau rancangan TV ciptaan anda sendiri di dalam minda, aksi apa yang anda inginkan dalam kehidupan, ke arah kehidupan yang mendapat berkat dan rahmat Allah dunia akhirat, insyaallah akan berhasil. Jangan lupa doa!
Sumber: http://soaljawabsyurgadidunia.blogspot.com