Khamis, 22 November 2012

Amalan pada Bulan Muharram


Berikut adalah beberapa amalan sunnah di bulan Muharram:

Memperbanyakkan puasa selama bulan Muharram

Daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, bulan Muharram.” (HR Muslim)




Daripada Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau mengatakan:

“Saya tidak pernah melihat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memilih satu hari untuk puasa yang lebih baginda unggulkan daripada yang lainnya kecuali puasa hari Asyura’, dan puasa bulan Ramadhan.” (HR Bukhari dan Muslim)

Puasa Asyura adalah pada tanggal 10 Muharram.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

"Dahulu hari Asyura’ dijadikan oleh orang yahudi sebagai hari raya. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Puasalah kalian.” (HR Bukhari)

Daripada Abu Qatadah al-Anshari radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan:

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ditanya tentang puasa Asyura’, kemudian baginda menjawab: “Puasa Asyura’ menjadi penebus dosa setahun yang telah lalu.” (HR Muslim dan Ahmad)

Daripada Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau mengatakan:

"Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sampai di Madinah, sementara orang-orang yahudi berpuasa Asyura’. Mereka mengatakan: Ini adalah hari di mana Musa menang melawan Fir’aun. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para sahabat: “Kalian lebih berhak terhadap Musa daripada mereka (orang yahudi), kerana itu berpuasalah.” (HR Bukhari)


Puasa Tasu’a (puasa tanggal 9 Muharram)

Daripada Ibn Abbas radhiallahu ‘anhuma, beliau menceritakan:

"Ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melaksanakan puasa Asyura’ dan memerintahkan para sahabat untuk puasa. Kemudian ada sahabat yang berkata: Ya Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang yahudi dan nasrani. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Tahun depan, kita akan berpuasa pada tanggal sembilan.” Namun, belum sampai tahun depan, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah pun wafat." (HR Bukhari)

Adakah anjuran puasa pada tanggal 11 Muharram?

Sebahagian ulama berpendapat, dianjurkan melaksanakan puasa pada tanggal 11 Muharram, setelah puasa Asyura’. Pendapat ini berdasarkan hadis:

“Puasalah hari Asyura’ dan jangan sama dengan cara orang yahudi. Puasalah sehari sebelumnya atau sehari setelahnya.” (HR. Ahmad, Al Bazzar)

Hadis ini dihasankan oleh Syaikh Ahmad Syakir. Hadis ini juga dikuatkan hadis lain, yang diriwayatkan al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra dengan lafaz:

“Puasalah sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya.”

Dengan menggunakan kata hubung وَ (yang bererti “dan”) sementara hadis sebelumnya menggunakan kata hubung أَوْ (yang ertinya “atau”).

al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan status hadis di atas: Hadis ini diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi dengan sanad dhaif, kerana keadaan perawi Muhammad bin Abi Laila yang lemah. Akan tetapi dia tidak sendirian. Hadis ini memiliki jalur penguat daripada Shaleh bin Abi Shaleh bin Hay. (Ittihaf al-Mahrah, hadis no. 2225)

Disamping itu, melakukan puasa 3 hari, pada tanggal 9, 10, dan 11 Muharram, termasuk dalam cakupan hadis yang menganjurkan untuk memperbanyakkan puasa padai bulan Muharram. Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis daripada Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: “Sebaik-baik puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah, bulan Muharram.” (HR. Muslim)

Bolehkah puasa pada tanggal 10 Muharram sahaja?

Sebahagian ulama berpendapat bahawa melakukan puasa pada tanggal 10 sahaja tidak makruh. Akan tetapi yang lebih baik, diiringi dengan puasa sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya, dalam rangka melaksanakan sunnah Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

Sumber: www.konsultasisyariah.com