Jawabnya tidak cukup jika kita hanya sekadar beriman bahawa Allah itu ada. Tauhid yang sempurna memerlukan lebih daripada itu. Apakah maksud sebenar yang perlu kita fahami di sebalik kalimah la ila ha illa allah yang membuatkan tauhid seseorang itu menjadi sempurna?
Jika kita hanya beriman bahawa Allah itu ada, maka samalah kita seperti arab jahiliyyah musyrik yang juga mengakui akan kewujudan Allah. Firman Allah: "Dan demi sesungguhnya! jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: "Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?" sudah tentu mereka akan menjawab: "yang menciptakannya ialah Allah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui". (al-Zukhruf, 43: 9).
Lihat bagaimana dalam ayat tersebut orang musyrik juga memperakui akan kewujudan Allah sebagai tuhan yang mencipta alam ini. Lalu apakah yang membezakan iman seorang muslim dengan orang musyrik jahiliyyah tersebut? Jawabnya ialah kita menafikan sesuatu yang selain daripada Allah sebagai tuhan. Kita menetapkan bahawa hanya Allah sahaja yang berhak disembah sebagai tuhan dan satu-satunya entiti yang layak menjalankan "kerja-kerja tuhan". Dengan lain perkataan, kita tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain.
Berapa ramai daripada kita yang menyembah Allah tapi dalam masa yang sama mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain. Mereka beribadah menyembah Allah tapi dalam masa yang sama memakai tangkal, mempercayai tukang tilik, mendokong fahaman evolusi dan sebagainya. Ini selaras dengan firman Allah : "Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukan-Nya juga dengan yang lain". (Yusuf, 12:106).
Maka, sebagai seorang muslim yang sejati hendaklah kita memelihara kemurniaan tauhid daripada dicemari dengan perkara-perkara yang boleh menyebabkan kita tergelincir ke lembah syirik. Hendaklah kita membulatkan keimanan kita hanya kepada Allah Jalla wa 'Ala.
Akhir zaman ini, kesyirikan halus yang melanda dan menyerang umat Islam ialah melalui fahaman-fahaman atau ideologi-ideologi yang yang ditaja oleh musuh Islam. Contohnya seperti fahaman evolusi yang mempercayai bahawa kehidupan bermula daripada satu sel dan kemudian berkembang menjadi hidupan yang lain sehinggalah sekarang. Walaupun perkembangan ilmu pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi begitu pesat sekali, namun dakyah-dakyah seperti ini terus saja dijaja dan dipertahankan oleh musuh-musuh Islam. Oleh itu, sebagai seorang muslim yang teguh dan jelas aqidahnya, hendaklah kita berhati-hati dalam mendepani musuh yang halus dan licik ini.