Hidup ini tidak terlepas
daripada dugaan dan ujian, bahkan dugaan dan ujian merupakan Sunnatullah dalam
kehidupan. Manusia akan diuji dengan setiap sesuatu, dengan hal-hal yang
disenangi dan disukainya mahupun dengan hal-hal yang dibenci dan tidak
disukainya. Allah berfirman;
LAMAN HAMBA
Demi masa (1) Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian (2) Kecuali orang-orang yang beriman serta mengerjakan kebajikan serta saling menasihati dengan kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran (3). Surah al-'Asr: 1-3
Rabu, 26 Disember 2012
Khamis, 20 Disember 2012
Apa itu Salaf?
Ramai di kalangan para penuntut ilmu yang terkeliru apabila disebut kepada mereka tentang perkataan Salaf, pelbagai definisi dan takrif yang keluar dari mulut-mulut kebanyakan mereka yang tidak berdasarkan dalil dan hujjah malah hanya mengikuti hawa nafsu, emosi dan kejahilan.
Dalam permasalahan ini mereka terbahagi kepada beberapa kelompok yang masing-masing cuba menafsirkan golongan yang membawa panji-panji al-Quran, al-Sunnah dan kefahaman salafussoleh dengan pelbagai label seperti golongan wahhabi, golongan muda, salafi wahabi, salafi syadid, jalur keras, ekstrim, pemecah belah dan pelbagai label lagi.
Selasa, 18 Disember 2012
Kisah Dua Pulau - Bagaimana Kakayaan Kita Dicuri
Suatu ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah bersama keluarga.
Rabu, 5 Disember 2012
Jauhi Bid'ah Sejauh-jauhnya
Pendahuluan
Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, dalam rangka meletakkan al-Qur’an dan al-Sunnah pada tangga yang teratas, berwaspada kepada unsur-unsur yang akan mengalih kedudukan tersebut kepada tangga yang ke bawah. Unsur yang dimaksudkan adalah bid‘ah, kerana bid‘ah bersifat menggantikan firman Allah dan sabda Rasul-Nya serta menenggelamkan al-Qur’an dan al-Sunnah sehingga akhirnya kedua-dua sumber tersebut terhapus daripada menjadi pegangan umat Islam.
Selasa, 4 Disember 2012
Bagaimana Kita Berinteraksi dengan al-Qur'an dan al-Sunnah?
Pendahuluan
Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah menjadikan al-Qur'an dan al-Sunnah sebagai sumber ambilan hukum yang paling utama dan paling unggul. Ciri-ciri dalam mengambil sumber agama juga disebut sebagai Manhaj Talaqqi. Ia membentuk asas yang amat penting dalam perbincangan berkenaan Ahl al-Sunnah wa al-Jama‘ah. Banyak individu mahupun kumpulan sejak daripada zaman awal Islam sehinggalah ke masa-masa yang akan datang, tersasar daripada jalan yang lurus kerana tidak memiliki ciri-ciri yang benar dalam mengambil sumber agama. Ciri-ciri ini bukanlah sesuatu yang baru, ia lazim disebut-sebut oleh kita sebagai “Berpegang teguh kepada al-Qur’an dan al-Sunnah”. Namun bagaimana ciri-ciri kita berpegang kepada al-Qur’an dan al-Sunnah, itulah yang menjadi tumpuan dalam perbincangan pada kali ini.
Langgan:
Catatan (Atom)